Jual, kutip bayaran & urus ejen. Dari satu pautan.
bertih.my menggabungkan borang jualan, pautan bayaran, QR kaunter, tempahan, tiket acara dan rangkaian ejen — dalam satu papan pemuka yang kemas.
Setiap cara pelanggan membayar anda.
Dari halaman jualan penuh hingga satu pautan di WhatsApp atau kod QR di kaunter — semuanya masuk ke satu senarai jualan.
Borang & halaman jualan
Gambar, video dan sales copy di atas borang tempahan yang pantas.
- Harga bertingkat ikut kuantiti
- Kupon, kos penghantaran & medan tambahan
- Social proof & piksel Meta / TikTok
Pautan bayaran & QR kaunter
Minta bayaran dari seorang pelanggan, atau terima di kedai fizikal.
- Pautan sekali guna untuk baki & deposit
- Papan kekunci kaunter dengan kod QR
- Kutipan berulang bulanan / mingguan
Tempahan, acara & derma
Jual masa dan tempat, bukan sekadar barang.
- Slot ikut servis & staf — tiada tempahan berganda
- Tiket QR & daftar masuk
- Derma dengan sasaran & bar kemajuan
Pasukan jualan yang mengurus diri sendiri.
- Affiliate, dropship, pengedar & staf — dalam satu tempat, dengan kadar sendiri.
- Komisyen berbilang peringkat. Upline dapat peratus daripada jualan downline, automatik.
- Portal ejen sendiri. Pautan, jualan, komisyen, bahan pemasaran dan tuntutan bayaran.
- Dropshipper buat tempahan untuk pelanggan mereka pada harga ejen.
Pelanggan anda kekal milik anda.
- Senarai pelanggan automatik dengan nilai sepanjang hayat dan sejarah pesanan.
- Hebahan WhatsApp, SMS & emel kepada pelanggan, prospek atau peserta.
- Portal pembeli. Pelanggan semak resit, tiket dan tracking sendiri dengan kod sekali guna.
- Eksport bila-bila masa. CSV untuk jualan, pelanggan dan prospek.
7 pesanan · sejak MacRM 1,240
5 pesanan · sejak JunRM 980
4 pesanan · sejak OgosRM 712
3 pesanan · sejak SepRM 455
Kerja admin yang berjalan sendiri.
Automasi selepas bayar
Pencetus, tempoh tunggu dan tindakan — tanpa kod.
Follow-up tempahan tertunggak
Sehingga tiga peringatan (1 jam, 1 hari, 3 hari) dihantar dan berhenti sebaik pelanggan bayar.
Resit & invois automatik
Boleh dicetak atau disimpan sebagai PDF.
Webhook bertandatangan
Setiap jualan terus ke sistem anda sendiri.
Pasukan & peranan
Staf urus jualan tanpa akses tetapan.
Halaman anda sendiri. Sistem anda sendiri.
HTML sendiri
Reka halaman kedai dan sales page dengan HTML, CSS & JavaScript anda — dipaparkan dalam bingkai selamat di atas borang.
Sambung AI agent
Tanya Claude atau ChatGPT "berapa jualan minggu ini?" atau minta ia cipta pautan bayaran — dengan log audit setiap tindakan.
API & webhook
REST API dengan kunci, webhook bertandatangan dan Google Sheets — setiap jualan terus ke sistem anda.
Ajak peniaga lain. Dapat kredit dua peringkat.
Bila kedai yang anda jemput naik taraf, anda dapat 20% sebagai kredit. Bila kedai yang mereka jemput naik taraf, anda dapat 5% lagi.
Jualan pertama dalam masa kurang sejam.
Buka kedai
Daftar percuma dan dapat pautan bertih.my/kedai-anda.
Bina borang
Pilih jenis, tambah produk dan harga. Kongsi pautan di WhatsApp, Instagram atau TikTok.
Terima & urus
Bayaran, resit, komisyen ejen dan follow-up diurus secara automatik.
Percuma untuk digunakan. Bayar hanya bila anda naik taraf.
Semua fungsi teras percuma selamanya. Ambil add-on yang anda perlukan, atau pakej untuk semuanya.
Percuma
- Borang jualan, derma & tempahan tanpa had
- Pautan bayaran & QR kaunter
- Ejen affiliate & komisyen berbilang peringkat
- Automasi, webhook, API & AI agent
- Halaman HTML sendiri
Pakej Niaga Popular
- Semua dalam Percuma
- COD & pindahan bank manual
- Acara, tiket & tempat duduk
- Kandungan dilindungi & borang prospek
- e-Invois LHDN & kurier
Pakej Niaga Pro
- Semua dalam Pakej Niaga
- Add-on akan datang termasuk
- Sokongan keutamaan
- Bantuan persediaan kedai
Add-on individu
Ambil satu-satu ikut keperluan — RM15 sebulan atau RM120 setahun setiap satu.
Fi transaksi FPX, kad dan e-dompet ditentukan oleh penyedia pembayaran anda.
Soalan lazim
Adakah pelanggan saya boleh dilihat oleh kedai lain?
Tidak. Setiap kedai hanya nampak jualan, pelanggan, ejen dan tetapan sendiri. Data anda boleh dieksport bila-bila masa.
Siapa yang memegang wang pelanggan?
Bayaran diproses oleh gateway pembayaran berlesen dan diselesaikan terus ke akaun bank anda. Fi transaksi ditentukan oleh penyedia pembayaran tersebut. Untuk pindahan bank manual dan COD, wang masuk terus kepada anda.
Betul ke percuma?
Ya. Borang, pautan bayaran, QR kaunter, tempahan, kupon, ejen, automasi dan laporan percuma tanpa had masa. Anda hanya bayar jika mahu add-on (seperti COD, acara atau e-Invois) atau pakej bulanan / tahunan.
Boleh saya guna reka bentuk HTML sendiri?
Boleh. Setiap borang dan halaman utama kedai menerima HTML, CSS dan JavaScript anda. Ia dipaparkan dalam bingkai terasing supaya borang bayaran kekal selamat.
Boleh saya guna affiliate, dropship dan pengedar serentak?
Boleh. Setiap borang boleh dibuka kepada jenis ejen yang anda pilih, dengan komisyen ditetapkan per produk dan per tingkat harga.
Perlu ada laman web sendiri?
Tidak. Setiap borang ada pautan sendiri. Jika ada laman web, anda boleh benamkan borang dengan sebaris kod.
Bagaimana pelanggan semak pesanan mereka?
Melalui pautan resit dalam WhatsApp/emel, atau di bertih.my/akaun dengan nombor telefon dan kod sekali guna.
Sedia untuk jualan seterusnya?
Buka kedai dalam satu minit. Tiada kad kredit diperlukan.